Membina perniagaan dari blog anda07 Oct
Salam semua,
Anda mungkin biasa mendengar blog atau blogger, kini ramai yang menbangunkan blog mereka sendiri , akan tetapi ramai di kalangan rakyat malaysia membina blog sendiri dengan menggunakan sistem yang free, Memang ianya free dan tidak perlu bayar, akan tetapi ianya tidak boleh di maksimumkan fungsi sebenar dalam melakukan bentuk pemasaran ataupun aplikasi - aplikasi lain yang boleh membantu anda menaikkan traffic.
Bagi saya , lebih suka jika ianya di install di dalam hosting saya sendiri , contoh www.namaanda.com, lebih berkesan untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan internet ataupun apa sahaja yang anda ingin hebahkan di internet.
Motif mereka yang menggunakan web free di malaysia, Ianya lebih kearah melakukan fitnah, sistem download lagu, dan lebih kearah kepada sesuatu sistem perniagaan money game,kerana ianya hanya mendaftar dengan menggunakan gmail dan tidak perlu melakukan pendaftaran domain di hosting malaysia atau syarikat hosting yang lain.Boleh juga dikatakan bersifat sementara dan tidak menfokuskan sesuatu untuk jangka panjang dalam membentuk perniagaan mereka kelak.
Dari satu sudut positif, blogspot ini juga boleh memberi traffic yang tinggi jika seseorang user itu menggunakan google search engine, Kini terpulang kepada anda untuk memilih sistem blog untuk bidang perniagaan anda. Jika anda melakukan perniagaan secara fokus adalah lebih baik jika perniagaan anda itu di daftarkan melalui hosting mengikut domain name yang anda pilih.
Artikel Berkaitan:
1 Comments For This Post
Leave a Reply








saye nie tk paham la…dan tak tau cne nk buat laman web sendiri…