perniagaan online dalam game site19 Feb
Konsep game online dalam perniagaan online

Ini adalah konsep niche market yang sedang membangun di malaysia .Mungkin ada di antara anda yang telah biasa dengan game site online yang selalui anda lihat. saya telah lama ingin mempunyai 1 game site yang menghimpunkan ribuan mini game site atau lebih mudah di kenali sebagai miniclip game
Apa itu miniclip game ?
Miniclip game adalah sebuah game yang di bangunkan dengan tidask mempunyai jalan cerita atau mengaturan susun atur game yang terlalu komplek . Ianya lebih bersifatkan game satai ataupun game yang menghilangkan bosan atau melegakan tekanan kerja di pejabat dan memberi pengenalan atau latihan kepada budak - budak yang berusia 4 tahun keatas.Mini game ini sesuai untuk semua golongan kerana tidak keyword keyword button yang terlalu banyak.
Kenapa bangunkan site mini clip site.
Saya ada menerima banyak feedback dari kenalan rapat kenapa perlu bauat mini game sedangkan banyak remaja sekarang kearah game online yang berbayar?
Jawapan saya simple je?
saya membuka pasaran niche market golongan pengguna yang baru mengenali internet dan user member yang hanya berminat main game sebagai kaedah untuk merehatkan tekanan kerja.
lihat bebrapa golongan niche yang menggunakan miniclip ; -
- Golongan budak -budak : Mungkin anda tidak perasan tetapi golongan ini mula mencari mini game dengan melayari myspace , friendster , facebook dan juga membuka miniclip game site dalam metacafe
- Golongan perkerja supermarket : Ini golongan yang paling senang nak sebarkan mini site game saya, saya telah melihat banyak penjaga kedai hp ( wanita ) , perkerja yang jaga di bahagian booth kedai di tepi tangga ( contoh anda boleh lihat di time square atau midvalley) sambil dorang jaga kedai dorang ada notebook dan sedang layar game site di internet.Mereka ini sedang kerja, jadi mereka jenis yang nak main game yang tidak memerlukan tumpuan. jadi jika game site saya dorang bookmark , sebenarnya mereka sedang iklan site saya pada pelanggan dorang ..
- Golongan Chatting di myspace : ini golongan yang banyak ada di malaysia , jadi saya just review game site ini di index page site myspace saya . dan di dalam game site ini ada code yang boleh page dalam site myspace user . Ianya tidak tertumpu dekat myspace je .. blog dan social network lain pun boleh dah.
Fakta penggunaan Media digital di malaysia.
Kajian yang di jalankan oleh Nielsen Customized Research, The Nielsen Company menunjukkan bahawa pengguna malaysia antara 10 negara terbanyak mendapatkan media digital , daripada 26,202 pengguna internet daripada 52 negara termasuk di eropah , asia pasifik , America selatan dan timur tengah ,
Malaysia menduduki tangga yang ke 5 daripada 52 negara yang gemarkan media digital dalam bentuk simpanan data, suara, video, game dan sebagainya.
Menurut Pengarah Urusan, Kumpulan Konsumer , Nielsen Malaysia, Paul Richmond , penigkatan terhadap media digital mungkin disebabkan oleh beberapa perkara ,
- Penggunaan service penstriman talian secara percuma ( FREE WIFI )
- Pengguna memilih bermain permainan secara talian berbanding konsol yang lebih mahal ( online game VS arkib game )
- Gaya hidup mobil yang semakin meningkat
- Kesedaran penggunaan jalur lebar ( budak 4 tahun pandai online sekarang )
Teori yang sangat kukuh
Ini menyebabkan saya sangat yakin untuk menggunakan niche market miniclip game sebagai medium permulaan untuk perniagaan online, Ramai yang beranggapan game site mana boleh memberi saya peluang perniagaan online. Nichenya berbeza dari game ke perniagaan online.
Mungkin anda tidak perasan tapi saya bagi tip yang paling simple , apabila anda mengambungkan google adsense dan pay per lead. ini sudah membantu anda menjana income secara online .
Ianya tidak termasuk jika amda sedang membangunkan perniagaan networking industri, atau pun perniagan ebay anda sendiri dengan menggunakan konsep drop shipping .Baru boleh jual toy atau ape sahaja berkaitan dengan game konsep
Permulaan melangkah industri tenat di dunia
untuk melangkah di industri yang sedang tenat di dunia ini , pasti ramai yang di buang kerja , adakah mereka akan tinggal terus tentang internet, email dan laman - laman social mereka ?
Ini sebab gabungan multi media digital pasti tidak akan lumpuh . mungkin lembab sedikit ,akan tetapi untuk terus hilang tidak akan mungkin terjadi.Ada yang menyatakan mungkin akan meningkat gejala social dalam pertengahan tahun , 2009 . Jawapannya dimana-mana sahaja ada gejala social , gambar bogel , aksi seks rambang atau pun kejatuhan moral anak - anak melayu . Jadi terpulang kepada anda untuk menggunakan ICT yang mengabungkan laman web social untuk berhibur atau menambah pendaptan secara online.Saya memilih medium online untuk menambah pendapatan secara pasif.
Artikel Berkaitan:

2 Comments For This Post
Leave a Reply






tahniah bro utk game site.
aku mmg dah lama nk try site camni.
skrip n game dah ada.
cuma takde masa nk promote je.
SAlam Bro..
artikel yang menarik sungguh..
memang bebudak suke main game..miniclip game..simple..
Along akan follow blog bro nie..
p/s:
Happy sangat coz dapat jumpa member2 yang hebat kat seminar vj semalam(22-2-2009) ade mase msg ngan along k..take care..
beep..beepp