pedagang like viral sistem  pdf -

blog, pengiklanan laman ini perlu di view menggunakan mozilla firefox

mencipta networking dalam perniagaan online23 Feb

Share

Mencipta networking dalam perniagaan online

Mencipta networking dalam perniagaan online memang mencabar.Saya bukan mencipta 1 atau 2 rangkain network tetapi saya ingin mencipta puluhan ribu jaringan. Mungkin bagi anda ianya adalah mustahil.Ya ! dulu saya juga seperti anda merasakan ianya sesuatu yang sukar untuk di lakukan.

Saya melihat begini..

Saya ceritakan pengalaman saya bagaimana sukar jaringan yang saya cipta, terus terang saya bermula dengan kaedah offline dan di bawa ke online.

Perniagaan offline strategi

Saya banyak belajar dengan orang - orang yang otai dalam MLM dan dengan ayah saya sendiri , bagai mana mereka mencipta jaringan dan pasaran perniagaan ,

Bagaimana mereka melakukan dengan jayanya dan kenapa saya gagal

Mereka berjaya kerana semangat yang mereka ada, dan ingin berjaya. Mereka buat setiap hari untuk memastikan jaringan atau pun rangkain peniagaan mereka bertambah ,

  • Bertukar tukar business card perniagaan .
  • Menerangkan apa yang mereka lakukan ( business mereka )
  • Memastikan produk atau service mereka yang paling baik
  • Menerangkan kepada support perkhidmatan yang baik dan mempunyai  ramai perkerja yang membolehkan kerja di siapkan dengan cepat dan berkesan

ini adalah faktor kenapa offiline business berjaya menembusi pasaran , tidak kira apa segi bidang yang mereka ceburi , mereka akan berjaya.terus terang saya banyak mempelajari cari cara dan bagaimana cara ayah saya berkerja , dari perniagaan kedai makan , sehingga la ke usahawan yang berjaya dalam industri perniagaan landskap. ( walaupun saya selalu bercanggah pendapat tentang cara business offiline dan online )

Saya bertanyakan soalan kepada ayah saya : Macam mana ayah boleh tukar business dari kedai makan ke kontrator binaan dan landskap?

Jawapannya : Dalam business mediumnya adalah sama, menjual ketika harga pasaran naik , membeli ketika harga pasaran turun , dan keluar pasaran bila perniagaan itu makin banyak di lakukan oleh orang lain

Mengawal kewangan dan melakukan susur atur perniaagan supaya tidak menyusahkan perkerja dan pastikan perkara yang dilakukan tidak kesilapan yang berganda

Kenapa saya gagal mengikuti jejak langkah mereka

Jangan salahkan orang lain Ini perkara yang saya masih tidak dapat follow cara mereka berkerja. Saya tidak suka melakukan business yang seperti ini.

  • Terpaksa melakukan PR ( seperti yang di lakukan mereka )
  • Terpaksa berjumpa dengan costumer ( walaupun saya tau itu adalah penting )
  • Terpaksa menerangkan tentang produk saya yang sangat bagus ( ini pun pening )
  • Perlu mempunyai modal perniagaan ( umur 24 tahun macam saya macam mana nak terus ada modal besar )

Ini adalah faktor kedegilan saya untuk mengikuti cara mereka berkerja walaupun saya paham ianya adalah sesuatu yang sangat bagus bagi seseorang yang ingin menjadi boss atau pun ketua dalam perniagaan mereka.

Bagaimana pandangan saya menghadapi strategi perniagaan

Terus terang jika saya membelakangi cara mereka berkerja , saya pasti perniaagaan saya tidak berkembang. PR itu penting pedagangIT !!!! . Cara mereka ( orang lama berkerja ) , Saya tidak sepatutnya menidakkan % untuk tidak mengikutinya.

Saya perlu mengadaptasi cara mereka berkerja dan explore dalam cara yang saya mahukan.

Langkah - langkah yang saya ambil

Membina jaringan atau melakukan PR dengan menggunakan medium blog , forum , facebook , myspace , friendster ,chattng dan setkan pemikiran tukar dari penggunaan itu sebagai hiburan kepada sesuatu industri yang mendatangkan hasil . Jadi ianya juga boleh di adaptasi dari PR yang setiasa berjumpa dengan orang kepada bentuk penulisan maya , dan pembelajaran maya ( ajar guna video - camtasia atau pun upload di youtube )

Menggunakan teknologi sebagai medium perhubungan pelanggan ataupun bukti terus yang ada.Memang ada yang tidak percaya apa yang saya buat ini dapat membantu perniagaan saya.

Ya !! mungkin sebab anda tidak explore penggunaan nya lagi.Saya menberi contoh satu kepada anda.

Rangkain facebook saya . penuh dengan orang uncle sam , dan inbox saya penuh dengan input - input dari orang - orang uncle sam.

Kenapa mat saleh ?

buat duit dengan facebook Mengembangkan perniagaan secara senyap : Sebab uncle sam telah paham penggunaan facebook adalah medium PR untuk bisness , orang melayu plak guna untuk chatting  dan social .. terpaksa la saya menggunakan uncle sam untuk bisness .Mungkin anda tidak percaya dan masih tidak nampak , bagaimana teknologi membantu pertumbuhan jaringan perniagaan anda. tapi bagi saya 1 tahun dari sekarang. anda akan mengatakan langkah saya adalah betul.

ok saya tidak mahu tunggu lama untuk menerangkan kepada anda jangka masa 1 tahun , saya tunjukan langkah perniagaan saya dalam sebelum ini..

jaringan networkingMatlamat untuk Januari 2010

Saya bukan membelakangkan kaedah lama. tapi saya sangat serius untuk duduk rumah dan buat duit, terus terang matlamat saya adalah Januari 2010 saya akan melancong sahaja. bukan lagi duduk depan pc untuk buat kerja yang sama sepanjang hayat saya..

Serius dalam perniaagan online 100% . sangat percaya industri networking adalah perniagaan masa depan yang sangat menguntungkan saya dan keluarga saya.

Saya sangat serius untuk menjadikan income saya datang 100% dalam perniaagan internet atau lebih khusus dalam perniagaan online menlalui networking business.

p/s : Tengah fikir macam mana nak dapat masuk pasaran timur tengah dan china.lepas nie tulis arab dan cina la plak :)

Artikel Berkaitan:

Share

Anda ingin tahu lagi apa yang pedagangIT buat .. Secara Percuma


3 Comments For This Post

  1. Aqif

    wah..
    dashyat ar bro
    :)
    tahniah diucapkan
    btw, bro buat bisnes networking yg mane?
    leh berkongsi?
    :)

  2. Haniff

    Boleh bekongsi ilmu? berkenaan dengan internet marketing ni.. saya mcm awk jga menjalankan biz online ni..

  3. nota

    aku masih tak faham , terangkan macamana nak dapat

Leave a Reply

pedagang like viral sistem  pdf



refererx slide2