Kenali pedagangIT
Pengenalan
Saya Muhammad Fadhli Bin Abdul Aziz, Lahir Muar Johor dan menetap di kuala Lumpur , lahir pada 1984 Mula berjinak mendalami internet pada tahun 2004 setelah mendapat tawaran ke kolej di incubetor cyber jaya, dalam jurusan Sijil Pengaturcara multimedia, Setelah tamat belajar dalam 9 bulan . Saya melanjutkan pembelajaran Diploma in Multimedia Design Kolej MAC ACADEMY di kuala lumpur selama 2tahun.
Kenalan saya yang sama di kolej menggelarkan saya budak banyak tanya.. Mungkin sebab itu saya lebih serius menjalankan business online secara fulltime berbanding mereka hanya makan gaji sepenuh masa.
Setelah Tamat Diploma saya kerja 3 bulan di firma Grafik dalam jurusan superimpose gambar dan membuat banner menggunakan medium software coral draw, adobe photoshop, adobe illustrator,
Setelah 3 bulan kerja saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada gaji anggaran Rm1500 - RM1600.
Kenapa saya berhenti kerja?
Ketika saya duduk makan tengah hari , Saya berjumpa dengan seorang kenalan kerja di tempat kerja yang sama,Beliau berbangsa cina Umur 29, Beliau di bahagian installer atau pun lebih mudah bahagian production yang memasang segala kerja-kerja yang telah siap di reka bentuk.
Dipendikkan cerita beliau menasihatkan saya supaya mencari kerja lain.Dalam hati ” Mamat nie dengki nie “, Saya mencari rahsia kenapa beliau berkata bergitu.
Setelah 2 3 hari baru beliau memberitahu saya.
- Ramai orang buat MA sekarang! lagi 1 mesin dan colour boleh beli dari negara cina harga murah..
- Ramai budak grafik pandai buat sekarang, U bila-bila saja..tokey boleh buang U.
- U selalu balik pukul 10 malam punya.. Semua mau cepat2 siap! “NIE MEMANG bETUL“
- Ini tokey sangat kedekut punya !!!
So dengan duit gaji tu saya simpan beli broadband . Duduk Rumah 1 tahun 4 bulan boleh dikatakan 18jam sehari depan PC.Saya terpaksa belajar balik skill buat tamplate web static, marcomedia flash dan paham selok belok bisness dalam internet, Saya mengaku bukan senang. Dalam bisness internet nie macam-macam skill kena belajar dan yang paling penting sabar ! .Sampai sekarang saya masih belajar… DUnia IT luas ..dan banyak belajar dari saudara Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai jaguhinternet.com
Allamdulillah , Ada beberepa traget sudah tercapai, Yang paling best dalam bisness online ini bila orang percaya barang yang kita jual , walaupun bukan dengan harga yang terlalu mahal dan yang paling best Mat Saleh pun beli barang yang saya jual atau service yang saya berikan.
Cita-Cita
Tidak Mahu berkerja MAKAN GAJI dan terpaksa kerja sampai tua walaupun asyik kena maki hamun tiap-tiap hari di pejabat, Tidak mahu terperangkap dengan gaya hidup dan cara kerja yang biasa ditempuh oleh masyarakat malaysia ( yang mana terpaksa bangun pagi mengadap Traffic Jam tiap-tiap hari yang boleh menghabiskan duit gaji dengan hanya membayar minyak kereta dan parking kereta). Pasti dan akan mempunyai perniagaan berasaskan Teknologi ICT, Tidak kira peringkat usia dan mempunyai empayar perniagaan yang meluas dan tidak tertumpu pasa 1 negara.
Matlamat
Sangat berjaya dalam perniagaan internet pada tahun 2013 , Saya percaya pada masa itu banyak bidang perniagaan telah beralih arah ke SOHO atau home base business.






